Thursday, 25 December 2014

Cantiknya dengan kerongsang ni:)

hai semua.. 

kali ni aku nak update pasal kerongsang pula.. Wanita yang bertudung memang tak dapat dipisahkan dengan kerongsang kan.. beli la banyak mana pun, last-last tinggal 2 atau 3 ja kan.. selalu hilang hahaha..(betul tak aku cakap)

Kalau aku pergi uptown ShahAlam aku mesti pergi tempat ni dulu.. mencari dan membeli kerongsang..hihii
korang boleh pilih jenis mana bentuk mana korang nak.. Yang penting harga murah tau, ada kualiti lagi:).. macam-macam jenis ada.. Siap ada diskaun lagi.. 

jom aku tunjuk jenis-jenis yang sempat aku ambil ja tau:)



ni kedai yang aku maksudkan tu.. macam-macam ada tau


ni..mak saudara aku siap posing lagi ambil gambar hehe..












kalau korang berminat boleh la datang dekat uptown shahalam.. kedai no. berapa aku tak ingat (haha sori) tapi bahagian belakang la berdekatan dengan kedai makan..





Suka tukar kasut?? datanglah cini:)

Assalmualaikum kawan-kawan:)

Kali ni aku nak cerita pasal kasut.. Walaupun korang dah tau tapi aku nak cerita juha ngeee^__^..

Kasut adalah sejenis alas kaki biasanya diperbuat daripada getat, kulit , kain dan lain-lain yang menutupi bahagian kaki manusia. Tujuannya adalah satu untuk melindungi dan memberikan keselesaan kepada kaki ketika melakukan pelbagai aktiviti dan bagi para wanita adalah aurat kan. Jadinya korang k=hendaklah memakai sarung kaki ataupun dikenali sebagi stokin (termasuk aku la kan)..


Sebenarnya aku nak memperkenalkan satu kedai di Shah Alam. Kalau aku pergi makan area sana aku akan singgah dekat kedai kasut ni.. humm Harga berpatutan, dan yang penting orangnya peramah (tapi tak la membebel kan).. Sebab tu ramai yang beli dekat dia hahha.. dan pelbagai pilihan ada.. :)












Korang boleh datang seperti alamat dibawah..

Nurdina Enterprise (SA0191973-M)
Roshni@Shah Alam Shopping Centre
Jalan Plumbum Q7/Q, Sekyen7, Shah Alam.
Waktu perniagaan:10.00am~10pm


atau layari

Takutnya nak BOSIET ^___^

Sememangnya aku takut nak pergi sana.. hari yang ditunggu-tunggu bos arahkan aku pergi sana juga.. Tarikh dipilih untuk pergi selama 4hari 3malam bersama 5orang..haahaa

Kami berlima ditempatkan di HOtel Selesa, Pasir Gudang Johor. Masing-masing satu bilik.. Selama 4hari disana, pelbagai makanan kami mencuba..

BOSIET bermaksud Basic Offhore Safety Induction & Emergency Training. Sebagai salah satu syarat pekerja minyak lepas pantai untuk berangkat ke tengah-tengah laut.
Apa yang aku lalui selama 3hari ialah:

  1. Offshore safety induction
  2. Sea survival
  3. Basic first Aid
  4. Basic fire fighting & self rescue
  5. TEMPSC (totally enclosed motor propelled survival craft)
  6. T.HUET ( Tropical Helicopter underwater escape training & helicopter safety)






Bermulalah.. helicopter underwaterescape training :(


Apa yang aku takutkan adalah sea survival and T.HUET.. aku takut lemas padahal ada ja pelatih-pelatih yang ditugaskan..haha.. Kami dibahagikan kumpulan. 1 kumpulan hanya 6orang sahaja, dan kumpulan aku saja mempunyai 3bunga yang mekar (haha).. Bagi aku, walaupun ianya menakutkan tapi adalah satu cabaran untuk aku bekerja dalam bidang sebegini.. 




Fire fighting bermula..ngeee^___^




Wednesday, 24 December 2014

Pejabat kosong?? haha

Malasnya nak kerja harini.. hari-hari aku cakap macam tu ,,....*****
memandangkan pengakhiran tahun 2014 akan bermula maka ramailah yang ambil cuti.. tapi aku lah orang yang paling gembira datang pejabat macam ni sebab apa?? ramai yang cuti maka akulah Segala bos hahahaha..

sapa nak balik awal aku bagi ja.. dalam keadaan macam tuh ada juga yang memerhati dan lapor pada bos..ciss geram aku dibuatnya..nak jadi bossy pula.. menyampah aku..

Tapi aku suka, pejabat kosong, tak bising-bising, tapi.. kerja tetap banyak..huhh:(


************************


Hari-hari boleh balik awal, keluar makan tengahari awal, haha,,.. masuk tengahari pun lambat.. bak kata kawan aku " ikut suka aku lah, janji aku datang pejabat kan.. haha"
"tak pun pergi gim dekat level 1 dulu".. hendak bina badan katanya.. perghh ...oii badan ko tuh dah berketul-ketul la! hahaha

Kenapa perlu kitar semula???

Purata Malaysia membuang 1.64kg sisa sehari. Menurut laporan WorldBank, ini adalah 0.44kg sisa tambahan yang dihasilkan oleh purata penghuni bandar di seluruh dunia pada 1.2kg.

 Kita buang dan membuang lebih daripada biasa. Pada kadar ini, pengeluaran sisa rakyat Malaysia akan meningkat drastik 65% daripada 10,000 tan metrik sehari pada tahun 2010 kepada 17,000 tan sehari menjelang 2020, mengisi sesak kapasiti dua daripada tiga tapak pelupusan di Jeram di Kuala Selangor dan Tanjung Dua Belas di Kuala Langat dengan 2035. sisa kadar kitar semula adalah jauh di bawah tahap purata hanya 11% daripada jumlah sisa pepejal yang dihasilkan berbanding dengan 57% di Singapura dan 66% di Jerman.

Melainkan jika kita mahu hidup lutut yang mendalam dalam sampah, kita perlu mula menilai semula bagaimana sisa diuruskan dan serius mula menerima budaya kitar semula sebagai satu cara hidup. 

Mengapa kita membuang begitu banyak lagi?


Dengan ini jabatan aku mengadakan program kitar semula pula..






+++*****Peraduan Kitar Semula kami TELAH BERMULA.

Datanglah ke Selatan LOADING BAY SEKARANG untuk timbang berat.*****+++

Jom berZumba!

Hari ini aku akan berzumba.. jom sapa nak ikut..Sebelum itu aku akan menceritakan apa itu Zumba..
Istilah Zumba datangnya dari kata zum-zum, yang dalam bahasa Kolumbia berarti gerakan cepat, olahraga ini diperkenalkan oleh Alberto ‘Beto’ Perez, yang kini  sebagai Creative Director Zumba Fitness. Zumba ini berkembang sejak tahun 2001 malah sekarang bukan sekadar alternatif olahraga, tapi juga sudah menjadi trend. 


Sementara itu, program zumba sudah dikenali di 125 negara.  Lebih dari 12 juta orang dengan berbagai bentuk tubuh dan usia telah merasakan manfaat zumba. Termasuk penyanyi American Idol, Jordin Sparks, yang hanya dalam tiga bulan berjaya menurunkan berat badannya sehingga 13 kg. 



Apa yang aku hendak ceritakan adalah jabatan menganjurkan satu program yang dinamakan ZUMBA.. sebab apa?? sebab aku kan dari jabatan Kesihatan, Keselatan dan Persekitaran (HSE) memang patut la kena ada program sedemikian kan haha..


Program ini diadakan sejak hujung bukan November 2013 hinggalah November 2014. Pada mulanya aku bersemangat la turut serta, lama kelamaan aku tak ikut haha.. Memang malas kan nak bersenam haha.. Semua jabatan dijemput hadir selepas waktu berkerja tau  selama 1 jam.. Bos-bos aku pun turut serta pada mulanya la (hahaha):P

Mari Kenali Bangunan Sapura:)

Assalamualaikum kawan-kawan..

Cuti-cuti ni aku sempat la nak update entry aku nih.. Hari ni aku nak memperkenalkan bangunan Sapura dekat korang.. Sapura@Mines berdekatan dengan lebuhraya Sungai Besi. Kalau korang lalu mesti bayar RM1.30 tau.. Mempunyai kubah berwarna biru.
Sapura@Mines ni terletak di Seri Kembangan, Selangor. Berhampiran The Mines Resort City. Disebabkan dekat dengan Mines, aku selalu la berkunjung ke sana haha.. Bangunan ni ada 10 tingkat. Tingkat 1 sampai 9 dikhaskan untuk pekerja dan tingkat 10 adalah unuk Tan Sri..

Kalau korang nak tahu, dalam bangunan ni ada sebuah dewan yang besar. Setiap minggu mesti ada tempahan untuk perkahwinan sama ada bagi orang India, Cina mahupun Melayu.. Tapi kena sewa la bukan bagi percuma tau.(haha)



Belakang bangunan ni, ada tasik yang sangat-sangat dalam.. hehe ikan pun banyak, sebab tu ramai orang suka memancing disini.


Ini la tasik yang aku maksudkan..


Gambaran sebelah tepi bangunan Sapura.

Tuesday, 23 December 2014

Pengalaman makan Sushi King:(

Hhhaaiii.. 

Entry kali ini aku nak perkenalkan makanan yang datang dari jauh.. Sesetengah orang Malaysia sukakannya..

Hari-hari biasa dipejabat  sememangnya sibuk laa.. Tak sempat aku nak borak macam orang lain(haha).. Aikk "kata kerja mestilah banyak kerja kan'>>.. dusshh!!

Bila waktu rehat, selalu fikir nak makan apa je.. hari tu kawan aku ajak pergi Mines. Dah pejabat dekat sana so no wonder la asyik pergi sana je.. Pusing-pusing nak makan apa, akhirnya keputusan dibuat makan sushi king.. oppss alamak.. aku tak pandai makan@??

Sesi memujuk dan merayu akhirnya berjaya dan menambat hatiku ini.. hahaha ciss..
Akhirnya berjaya aku masuk kedai sushi walhal aku tak makan.. tapi aku cuba juga la.. then, memang berbaloi la aku masuk sebabb .. wowww sedap.. aku cuma ambil yang bergoreng je la dan tuna.




ni la gambarnya..



dah tunduk dah aku tu,,..kepala dah pening sebab tak biasa makan








ni linknya.. kalau korang nak cuba bolehla.. tak rugi korang cuba benda yang baru...sekurang-kurangnya tak jadi macam aku haha..

Sunday, 21 December 2014

Kegilaan rakyat Malaysia dalam street cub

Assalam semua..

Sebagai jiwa muda, semua orang inginkan sesuatu yang unik dan mencabar kan.. Korang pernah dengar tak pasal "Saga kereta kebal"??
Disebabkan jiwa remaja yang sukakan kecantikkan, sapa yang nampak lebih kuat, kereta siapa yang lebih menawan dan macam-macam lagi, Proton mengeluarkan kereta saga kebal. 


tapi ini dulu.. sekarang lain pula..

Sikap ini terus menular kepada motosikal iaitu dipanggil motosikal kapcai.. Senario ini dipanggil street cub.

hmm sebab apa dorang suka motosikal jenis honda ni.. Sebabnya murah la, alat ganti pun senang dapat kan.. aku rasa je la








yang ni antara motosikal yang telah di ubah suaikan.. cantik kan.. aku suka..hehe