Ini adalah entri aku yang kedua..ahahahakk >______*
Senggugut merupakan sakit bulanan untuk gadis-gadis dan wanita di luar sana. Ramai yang mencari solution untuk hilangkan senggugut kan. INI lah salah satu petua-petua itu sangat tidak masuk akal yang aku guna.
Amalkan sikap positif dan bertenang.
Jangan fokus kepada kesakitan tersebut dan cuba buat perkara yang menyenangkan cikpuan. Banyakkan berzikir dan berdoa.
Banyakkan Berjalan, Kekal Aktif
Pakar kesihatan mengesyorkan wanita kekal aktif ketika tidak haid dan meneruskannya ketika haid kerana ia membantu mengurangkan kesakitan ketika haid. Sakit senggugut lebih terasa pada mereka yang kurang cergas.
Awasi Garam dalam Makanan
Pengambilan garam berlebihan akan membuatkan badan menyimpan banyak air. Ini menyebabkan kekejangan di bahagian perut ketika haid akan bertambah. Makanan ringan antara yang mengandungi garam berlebihan. Elakkannya beberapa hari sebelum kedatangan haid.
Gunakan bantal pemanas (entahlah namanya apa..)
Benda pemanas boleh dibeli di pasar malam dan sekarang dah ramai yang jual, dan ia boleh digunakan untuk melegakan rasa sakit di bahagian perut.
Urut
Urutan mampu melegakan kesakitan kerana kontraksi otot-otot di bahagian rahim. Gunakan minyak urutan panas berangin dengan urutan lembut. Anda juga boleh mengambil bawang merah yang telah ditumbuk, dan dicampurkan dengan sedikit minyak untuk disapu pada perut.
Minum air suam.
Elakkan ais dan minuman sejuk, pilih air suam. Minuman halia madu lebih bagus. Semasa air baru mendidih, campurkan dengan 5 hiris halia dan 3 sudu besar madu. Minum selepas ia suam.
Jumpa doktor
Jumpa doktor
Berjumpa doktor jika sakitnya sangat teruk. Kerana senggugut sekunder merupakan salah satu tanda untuk penyakit lain seperti endrometriosis, fibroid dan jangkitan kuman pada otot pelvik.
No comments:
Post a Comment