Wednesday, 29 October 2014

pengapit oh pengapit


Assalam.. 

Kali ini tugas aku yang paling aku malu, debar dan macam-macam lagi.. Tapi bila fikirkan kawan, aku buang semua tuh.. haha..

Weeding ni dekat Kedah, kampung halaman aku. Aku balik dengan kawan-kawan seperjuangan sepejabat aku untuk meriahkan majlis kawan aku sorang ni..


Hari yang mendebarkan sudah bila..***macam la aku yang kahwin..haha tapi debar juga sebab nak jalan belakang dan naik atas kipas pengantin.. 



pengapit yang comel..hahah perasan



pengantin perempuan.. sebelah tu aku la haha.. cantik kan kawan aku ni..




Ini yang aku maksudkan tadi.. Rakan susah senang sepejabat aku..




Kenangan terindah aku di Tasik banding

Assalamualaikum... haa cepat la jawab *** alangkah ruginya kalau tidak menjawab salam aku.. haha

Jabatan aku ada buat satu team building dekat Tasik Banding, Perak.. Aku pun join la. memang best dapat abang-abang dan kakak-kakak jabatan aku tuh.. tak lupa juga dekat kawan-kawan aku yang baik hati semua.. aku sayang semua..Semua jenis sporting.. 

Tasik banding tempat yang menarik untuk dilawati. macam-macam kami pergi.. Nak tahu lebih lanjut terokailah http://belumresort.com/about_resort.html .. 

Team building yang paling enjoy sebab semua jadi gila-gila haha.. Hari tu juga aku belajar berkayak, Melawat perkampungan orang asli dan mandi air terjun..Sebenarnya banyak lagi aktiviti salah satu yang aku join memancing menggunakan buluh dan mata kail (Selalunya dekat kampung guna macam ini kan)..

Wow boleh tengok keindahan ciptaan Yang Maha Esa juga.. Sedap mata memandang.. Bangun pagi dengar bunyi burung-burung menyanyi..haha


Perkampungan orang asli.. anak-anak orang asli



Cubaan berkayak..



Best gila mandi..


                                                                 
Posing terbaik.. haha




hahaha..

Ini lah orang-orang jabatan aku..semua sporting habis..


Sebenarnya banyak tempat menarik untuk dilawati di Perak. Perak best sangat.. Kunjungi lah Perak haha.. ANDA pasti tidak menyesal.







Kehidupan di UKM

Hai semua.. Selamat petang kan sebab sudah pukul 3.34 haha

Ini lah tugas aku paling mencabar. Nak tahu kenapa sebab aku ditugaskan untuk membuat satu blog dan cerita pasal kehidupan di UKM.. aduii


ok lah. Nama aku Najihah@Nabihah Azizan. Aku asal orang kedah.. kedah bak hang.. haha
Aku seorang pekerja dan pelajar di UKM.

Pendidikkan tertinggi aku adalah Bachelor of Business Administration (Hons). Kelas aku pada hujung minggu ja.. so aku seorang yang amat-amat sibuk.. Kelas aku setiap hari sabtu dan ahad, bermula dari pagi sampai lah ke petang.. letih kan..?? So aku sudah tak boleh pergi makan kenduri dan lepak lagi lah.. betul ke? hahahaha

***********
Tapi ini adalah satu cabaran untuk aku dan masa depan aku juga.. aku akan buktikan hahaha (ayat perasan). Aku bekerja di SapuraKencana Petroleum berhad dekat Seri kembangan tu. Tugas aku hari-hari agak mencabar.. hahaha mencabar kerr???

Apa aku merepek ni.. haha no idea la ok bye :)


Mahu mencari sahabat baik???


Salam semua..
Masih ingat aku lagi haha

apa aku nak tulis ni haha.. haa


ANDA mahu mencari sahabat baik???


Aku ada penyelesaiannya.. ok korang tengok kata-kata dekat bawah, tu la sahabat baik anda..
hahhahaha...


So lepas ni, ANDA kena beli cermin besar2 then letak la setiap penjuru rumah haha..
jangan lupa dalam dompet pun sama tau.. Sebab apa?, masa korang tunggu bas atau orang, mesti boring kan sebab tidak ada teman kan.. So gunalah cermin untuk berbicara
hahahaha..**orang gila

Monday, 27 October 2014

Apa itu Buasir..



Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya
sewaktu meneran. 


:create by google

Jenis-jenis buasir
  • Buasir dalaman


Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir dan menyebabkannya berdarah. 
Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum

  • Buasir luaran


Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.



Penyebab utama
  • Sentiasa duduk
  • Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
  • Cirit-birit
  • Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
  • Bersalin
  • Mengangkat berat
  • Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual.




Faktor Risiko
Anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat buasir jika anda :-
Mempunyai ahli keluarga yang ada buasir, Mengandung, Mengalami batuk yang melampau dan berpanjangan Meneran semasa membuang air besar. Ini merupakan sebab paling biasa untuk mendapat buasir.

Tanda-tanda dan Gejala-gejalaGumpalan lembut atau gumpalan-gumpalan boleh dirasai sekitar bahagian dubur. Rasa gatal atau pedih di sekitar dubur.Pendarahan, titisan darah merah cerah terutamanya selepas atau semasa membuang air besar diikuti rasa perit dan sakit

Pencegahan


  • Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
  • Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
  • Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
  • Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.



Pengurusan sendiri
  • Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari
  • Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
  • Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
  • Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor.



Terlebih dahulu anda perlu mengenalpasti penyebabnya, kemudian jauhkan diri anda darinya. Tiada gunanya anda merawat buasir tersebut kemudiannya anda meneruskan semula amalan yang boleh mencetuskan semula keadaan ini. Apabila anda telah bertekad untuk menghapuskan faktor-faktor pencetus buasir, maka barulah anda boleh merawatnya. Terdapat dua matlamat untuk merawat buasir. Pertamanya menghentikan gejala atau simptom (sakit, pedih dan gatal). Keduanya ialah mengecutkan buasir tersebut.

Mandian Sitz (rendamkan bahagian rektum ke dalam air suam) untuk selama 15-20 minit, 3 hingga 4 kali sehari. Rawatan ini sangat mudah dan berkesan untuk mencapai kedua-dua matlamat di atas. Anda boleh membeli ubat krim buasir dan supositori untuk menghilangkan gangguan dan kesakitan tetapi ia tidak boleh mengecutkan buasir. Untuk mengecutkan buasir kepada saiz asalnya, pengubatan semasa adalah berguna. Cucikan seluruh bahagian rektum dengan air suam setiap kali anda membuang air besar dan gunakan julap serat pukal (bulk fibre laxative) untuk melembutkan najis. Ini boleh mengelak anda dari meneran semasa membuang air besar.

Kebanyakan orang mengambil ubat tambahan serat pukal ini setiap hari untuk mengelak dari buasir. Tetapi perlu diingat bahawa serat pukal ini mengambil masa beberapa hari untuk memberi kesan. Jika anda sedang menghidapi buasir dan membuang najis yang keras anda mungkin memerlukan ubat atau julap yang dapat melembutkan segera najis anda untuk mengelakkan anda dari meneran yang boleh memburukkan lagi buasir anda.

Bagi buasir yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan konsevatif, rawatan yang standard boleh dijalankan iaitu mengikat dengan lingkaran getah (rubber band ligation). Satu atau dua lingkaran getah diikat di sekeliling pangkal buasir. Ini akan menyekat peredaran darah ke buasir tersebut. Dalam masa 7 hingga 10 hari buasir tersebut akan tertanggal keluar. Ikatan lingkaran getah ini hanya digunakan untuk buasir dalaman sahaja. Ia dilakukan tanpa menggunakan ubat bius dan tidak menimbulkan kesakitan. Tetapi anda mungkin mengalami sedikit ketidakselesaan untuk beberapa hari.

Koagulasi Inframerah - sinaran inframerah dipancarkan selama satu atau dua saat untuk menghentikan bekalan darah ke buasir. Anda mungkin terasa bahang panas ketika prosedur ini dilakukan dan terdapat sedikit pendarahan berlaku dalam beberapa hari selepas itu. Prosedur ini sama juga seperti ikatan lingkaran getah, dilakukan hanya untuk buasir dalaman. Tetapi ia lebih cepat dan kurang menyebabkan jangkitan.

Elektrokoagulasi bipolar - Prosedur ini dikenali juga dengan nama Bicap, adalah sama seperti prosedur Koagulasi Inframerah dan ia mempunyai kebaikan dan keburukan yang sama.

Terapi laser - pancaran laser akan mengewapkan tisu buasir. Tetapi prosedur ini didapati lebih mahal dan tidak menunjukkan sebarang kelebihannya dari prosuder-prosedur lain. Ia perlu dijalankan dengan berhati-hati dari segi kedalaman dan lokasinya bagi mengelakkan pendarahan dan kesakitan kepada pesakit.

Pembedahan biasanya dilakukan sebagai langkah terakhir apabila kedua-dua jenis buasir tersebut menjadi semakin teruk dan rawatan-rawatan lain tidak berjaya menyembuhkannya. Kaedah ini didapati berkesan tetapi pesakit terpaksa tinggal di dalam hospital sehari dua dan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh berbanding dengan pendekatan-pendekatan lain. Anda juga harus mendapatkan nasihat doktor bagi rawatan yang cepat bertindak yang segera mendapat ke akar masalah buasir seperti krim, minyak, suppositories, kain lap, dan treaments ais adalah sementara dan banyak kali boleh merengsakan permukaan dubur.

Rawatan yang agresif seperti yang dinyatakan di atas sepatutnya boleh menyembuhkan buasir dalam beberapa hari sahaja. Tetapi ia mungkin mengambil masa 2 - 4 minggu untuk pulih sepenuhnya. Jika tidak, anda perlu berjumpa doktor semula dan berbincang dengannya. Masalah-masalah perubatan penyakit keradangan usus atau jangkitan usus boleh menyerupai gejala-gejala buasir. Oleh itu, jika keadaan anda masih berterusan walaupun telah mendapat rawatan asasnya, anda perlu berjumpa doktor.

MIND MAPPING







Assalam semua..


Ni adalah hasil kerja aku yang baru hehe.. Peta minda untuk introduction compters.. Hahaha gara-gara nak snap punya pasal, nampak la model tangan tu..



Monday, 20 October 2014

Alahai..Sengugut datang lagi






                                        Asssalamualaikum..

Ini adalah entri aku yang kedua..ahahahakk  >______*
Senggugut merupakan sakit bulanan untuk gadis-gadis dan wanita di luar sana. Ramai yang mencari solution untuk hilangkan senggugut kan. INI lah salah satu petua-petua itu sangat tidak masuk akal yang aku guna. 

Amalkan sikap positif dan bertenang.

Jangan fokus kepada kesakitan tersebut dan cuba buat perkara yang menyenangkan cikpuan. Banyakkan berzikir dan berdoa.

Banyakkan Berjalan, Kekal Aktif

Pakar kesihatan mengesyorkan wanita kekal aktif ketika tidak haid dan meneruskannya ketika haid kerana ia membantu mengurangkan kesakitan ketika haid. Sakit senggugut lebih terasa pada mereka yang kurang cergas.

Awasi Garam dalam Makanan

Pengambilan garam berlebihan akan membuatkan badan menyimpan banyak air. Ini menyebabkan kekejangan di bahagian perut ketika haid akan bertambah. Makanan ringan antara yang mengandungi garam berlebihan. Elakkannya beberapa hari sebelum kedatangan haid.

Gunakan bantal pemanas (entahlah namanya apa..)

Benda pemanas boleh dibeli di pasar malam dan sekarang dah ramai yang jual, dan ia boleh digunakan untuk melegakan rasa sakit di bahagian perut. 



Urut
Urutan mampu melegakan kesakitan kerana kontraksi otot-otot di bahagian rahim. Gunakan minyak urutan panas berangin dengan urutan lembut. Anda juga boleh mengambil bawang merah yang telah ditumbuk, dan dicampurkan dengan sedikit minyak untuk disapu pada perut.

Minum air suam. 

Elakkan ais dan minuman sejuk, pilih air suam. Minuman halia madu lebih bagus. Semasa air baru mendidih, campurkan dengan 5 hiris halia dan 3 sudu besar madu. Minum selepas ia suam. 

Jumpa doktor
Berjumpa doktor jika sakitnya sangat teruk. Kerana senggugut sekunder merupakan salah satu tanda untuk penyakit lain seperti endrometriosis, fibroid dan jangkitan kuman pada otot pelvik.

Saturday, 18 October 2014

Bobo si kucing yang manja

Salam semua. Semua kenal haiwan ni kan. So bila bercakap pasal kucing kesayangan Nabi junjungan besar kita, Muhammad SAW, semua orang mesti tahu, it is a CAT. Nabi Muhammad SAW sendiri memuliakan kucing peliharaan dia. In fact, ada hadith yg sebut:

Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing. (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni)



Haa bermulalah detik manis aku haha. Aku sendiri tidak terlepas dari membela kucing ni.. Dari dulu family aku memang suka bela kucing. Tapi bukanlah kucing parsi. Kucing biasa je yang tompok-tompok. Kucing Malaysia jaa. Tapi jaga mesti jaga elok. bagi mandi, makan friskies, ikan segar (kadang-kadang), ikan rebus, ikan bilis. 
Cerita pasal kucing aku ni, yang paling aku sayang ada 2 ekor. Semuanya jantan. Memang ta nak bela kucing betina sebab tak larat nak tampung kos bersalinnya. Setiap 3 bulan beranak, belum habis pantang dah bunting lagi. Sakit kepala tu maintanace tinggi. Sampai sekarang kalau teringat kucing tu, menitik air mata aku (gurau aje). Kucing aku ni sekor namanya 'kimi', sekor lagi namanya 'tompok'. Yang kimi  tu sebab dulu kakak aku minat dengan sorang mamat ni memang sah la nama dia kimi haha.. so apa lagi kami pun panggil kucing tu dengan nama kimi. Muka pun handsome (lawak je). Yang 'tompok' tu sebab memang dia tompok hitam putih la. Itulah penilaiannya. Memanglah satu penilaian yang tak adil bagi kucing ni. Tapi apa pun aku sayangkan semua kucing ni. Dah macam ahli keluarga la pulak. itulah kucing terakhir aku bela disebabkan kimi mati dilanggar kereta. Tompok pula hilang.. sedeh kot.
Dah lama jugak la aku tak nak bela kucing, al-kisahnya abang ipar aku beli  kucing parsi. comel kot. bulu pulak kembang-kembang. Sejak tu aku minat pula nak bela. Aku bela dia dari dia lahir hingga lah umor sekarang 7 bulan. 


 Haa ni la kucing parsi kesayangan aku tuh. Nama dia is 'Bobo'. Comel kan geram aku tengok. Bobo ni suka makan dan tidur je.. Al maklum la dekat rumah tu semua orang pergi kerja.. Tu yang bobo jadi malas.. haha Bobo gemuk !!!



Tapi makin gemuk makin la banyak bulu jatuh (haha lawak jer). Doctor syorkan suruh cukur sikit bulu tuh. Then abang ipar aku pun cukur la jadi macam ni 


Kesian pula aku tengok bobo macam ni.. Tapi still comel kan. Tak pa bobo, nanti bulu baru tumbuh balik :) ..Aku selalu peluk dia. Bobo ni memang manja kot. kalau aku tengok television or makan dia suka la nak gesel- gesel kat aku. Paling tak pun nak lepak atas paha aku ni ha.


huhu mesti dia ingat ni tilam atau bantal.. ciss bobo!! apa-apa pun aku tetap sayang bobo aku ni ha..
Then sekarang bobo bertukar jadi..